 |
GTCodainMay 7th Male Malaysia WRITERS ARE WELCOME: Please Contact me.
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Nov 16, 2007
Diam tak diam... dah hampir setahun berlalu... sejak menjejaki kaki ke bumi segenok hinggalah ke hari ni... em cuti sekolah telah pun bermula...
Saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf kerana tidak dapat update blog ini sekerap mungkin, keadaan sememangnya tidak mengizinkan... apabila nak di update, tiada net connection... bila ada net connection, kerja lain banyak nak diselesaikan...last2 macam ni lah keadaan segenok2007 yang dibina dengan penuh harapan untuk berkonsi pengalaman.
Alhamdulillah, sekali lagi saya ulangi diam tak diam dah setahun saya di ulu sungai ibau, di sebuah tempat dinamakan segenok. segala yang dialami bagi saya tidaklah terlalu menggusarkan... semuanya dihadapi dengan baik, alhamdulillah.
Posted at 09:15 pm by GTCodain
Permalink
Jun 7, 2007
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI...
Well, cuti mid year dah hampir habis... Esok perjalanan kembali ke 'Tempat Cari Makan' akan bermula... Hari Jumaat ni saya akan bertolak dari Tanah Merah (Red Land) ke Kota Bharu (New Castle) dan seterusnya ke Kuala Lumpur (Nanga Lumpur) dan lewat petang terus ke Sibu, Sarawak dengan menggunakan 'belon' milik Air Asia. Bermalam di Sibu. Sabtu saya akan meneruskan perjalanan ke bandar Kapit dengan menggunakan bot express. Bermalam di bandar Kapit. Akhirnya, hari Ahad 10 hb Jun 2007 saya akan bertolak dari Kapit ke Nanga Ibau dengan menggunakan Bot Express Khai Kiong pukul 1.15pm. Tiba di Nanga Ibau, Insya'Allah sudah ternanti perahu panjang untuk memudiki Sungai Ibau hingga ke Bumi Segenok. Insya'Allah, dengan izin Allah saya akan tiba di Bumi Segenok sekitar waktu Asar pada hari tersebut.
Perjuangan diteruskan... samada perjuangan meningkatkan kendiri, perjuangan dalam profesion perguruan, perjuangan kakitangan kerajaan, perjuangan sebuah institusi pendidikan, maupun perjuangan mendidik, membimbing dan menerajui tamadun bangsa.... besar sangat skop perjuangan jika hendak dihuraikan....
Perjuangan disini.... em... mungkin sedikit terganggu dengan kemudahan internet yang agak terhad.... Insya'Allah, saya cuba sedaya upaya untuk 'update' segala perkongsian pengalaman dengan sekerap mungkin. Sementara itu...segala FEEDBACK amat diharapkan.....
Sehingga bertemu lagi.....
Posted at 12:35 am by GTCodain
Permalink
Jun 3, 2007
Dari Nanga Ibau, memudiki Sg Ibau kira-kira selama 45 minit ketika air pasang, tibalah ke SK Nanga Segenok. Kawasan yang agak lapang dan berbukit di persekitaran sekolah memang unik untuk digambarkan dengan perkataan. Pada pertama kali tiba ke sekolah ini, perasaan agak terkejut dengan kecantikan dan keunikan tersendiri kawasan sekitar sekolah. Padang yang menghijau dengan rumput segar (walaupun tidak rata akibat dilanda banjir pada 2003) mencantikkan lagi pemandangan keindahan sekolah di tengah-tengah hutan tropika.
Secara stuktur, SK Nanga Segenok mempunyai 2 bangunan bilik darjah masing-masing mempunyai empat dan dua bilik darjah. Satu bangunan asrama yang memuatkan 93 orang murid lelaki dan perempuan. Sebuah bangunan kecil memuatkan pejabat dan bilik guru. Sebuah dewan makan, bilik Pra-Sekolah, pusat sumber, stor sukan, turut melengkapkan struktur bangunan sekolah. Terdapat 6 pasang rumah guru dan AKS yang memuatkan keseluruhan 11 orang guru dan 6 orang AKS.
Diketuai oleh seorang Guru Besar dan diikuti 10 orang guru (termasuk seorang guru pra-sekolah dan seorang guru pemulihan), berserta kerjasama 6 orang staf sokongan terbentuk satu komuniti Kementerian Pelajaran Malaysia yang kecil di bumi Segenok. Segalanya diuruskan dengan keupayaan dan kerjasama yang kuat wujud dikalangan setiap ahlinya.
Dari segi bangsa, dari sejumlah 108 orang murid, hanya seorang berbangsa Cina dan seorang berbangsa Melanau, manakala selebihnya 106 orang murid adalah berbangsa Iban. Dari 11 orang guru, terdapat seorang guru wanita berbangsa Bidayuh, seorang guru wanita berbangsa Cina, 4 orang guru berbangsa Iban (2 lelaki dan 2 wanita), dan 5 orang guru lelaki berbangsa Melayu. Kesemua enam staf sokongan berbangsa Iban (1 lelaki dan 5 wanita).
SK Nanga Segenok terletak di tengah-tengah antara 5 buah rumah panjang yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini… bersambung
Posted at 01:33 am by GTCodain
Permalink
May 29, 2007
PERSIAPAN KE BUMI SEGENOK
"Cikgu bertiga tinggal dulu di Kapit selama dua hari. Kita tak boleh ke sekolah hari ni. Cikgu boleh terus beli segala peralatan. Cikgu beli tong gas. Cikgu beli dapur. Cikgu beli semua periuk dan kuali. Beli terus semua barang-barang makanan untuk sebulan. Cikgu pastikan semua barang kelengkapan dan bekalan cukup sebelum kita bertolak masuk ke sekolah dua hari lagi. Saya dah tempah dua buah perahu untuk cikgu" – GB Sk. Ng. Segenok, 5 Januari 2007 di Hotel Mehligai Kapit. Perasaan kami bertiga sebagai guru baru masa tu tak dapat digambarkan lagi, kata-kata diatas diucapkan sejurus selepas kami bersalam-salaman memperkenalkan diri buat kali pertama. First impression, "Teruk kawasan sekolah ni. Banyak persediaan kena buat. Banyak barang-barang personal kena tambah… torch light, lilin, macam-macam lagi….. itu dan ini….". Belum kira bekalan makanan, beras, gula, garam, lauk (mesti nak kena sedia makanan dalam tin banyak-banyak sebab belum pasti nak bawa lauk basah). Kopi, teh,milo nak kena bawa juga… em, resah juga kami masa tu…. Tapi, Alhamdulillah… kami bertiga…. Berat sama dipikul, masalah sama dikongsi, keputusan sama dibuat…. Persiapan dibuat.... Duit dikumpul, barangan dibeli...dibungkus... persediaan ke bumi Segenok dibereskan...
Posted at 11:30 am by GTCodain
Permalink
May 28, 2007

Sungai Segenok tidaklah besar... perahu tak boleh lalu pun... nak kata macam parit pun boleh juga. Tapi airnya bersih... Air mandi dan minum datang dari Sungai Segenok... Dah 5 bulan di Segenok.... belum pernah tengok Sungai Segenok... Mungkin nanti bila nak bersihkan empangan air boleh tengok keadaan Sg Segenok ni. Nanga (muara) Sungai Segenok ni bertemu dengan Sungai Ibau.... Sungai Ibau adalah sungai penting penghubung ke Sungai Rajang (Batang Rajang).... Dari Segenok... menghilir Sungai Ibau hingga ke Nanga (muara) Ibau.... bertemu Sungai Rajang.... Jauh Segenok ni.... Nadai (tiada) line telefon.... Nadai Bas... Nadai Jalan.... Sungai Ibau... (Dalam Gambar)...penting bagi orang-orang kat Segenok.... Sungai Ibau penghubung ke dunia luar...
p/s: Nanti lain kali cerita lebih lanjut eh...
Posted at 05:26 pm by GTCodain
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|